Usahawan Pusat Internet 1Malaysia ini diwujudkan bagi perlaksanaan program “PI1M Exchange” yang ditubuhkan oleh MSD Digital Intelligent bagi membantu para usahawan seluruh Malaysia mempromosikan produk mereka. Setiap negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menghantar sekurang-kurangnya satu produk daripada negeri masing-masing untuk diniagakan dan dipromosikan oleh semua Pusat Internet 1Malaysia. Usaha ini dilihat sangat bermanfaat kepada para usahawan kerana ia salah satu platform yang baik untuk meluaskan lagi pasaran produk mereka.
Pelbagai produk usahawan sama ada kategori makanan, kraftangan, produk kesihatan ada dipamerkan di setiap Pusat Internet 1Malaysia. Komuniti boleh berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia untuk melihat sendiri produk-produk tersebut nak membelinya di situ. Produk-produk tersebut adalah bermutu tinggi. Selain itu juga, program ini dapat memberi pendekatan kepada komuniti setempat untuk mengenali produk dan hasil tangan negeri luar yang adakalanya susah didapati di negeri asal masing-masing.

