| TARIKH | : 13 Disember 2025 |
| MASA | : 9.00 pagi – 4.00 petang |
| TEMPAT | : NADI FELDA CHEMPLAK BARAT |
| PESERTA | : 60 orang |



Tujuan
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti setempat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan kendiri melalui saringan kesihatan awal. Ia juga membantu komuniti mengenal pasti tahap kesihatan masing-masing serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat secara berterusan. Komuniti juga akan lebih cakna dengan kesihatan masing-masing dan menggunakan kemudahan yang ada di NADI sebaik mungkin.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah saringan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, paras gula dan BMI, sesi penerangan kesihatan, perkongsian tips gaya hidup sihat, khidmat nasihat kesihatan kepada peserta serta pemeriksaan glukoma mata.