mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM KARNIVAL MUAFAKAT TANI DUN BUKIT SERAMPANG

Tarikh : 11,12 & 13 Januari 2018
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dataran Muafakat Bukit Kepong
Peserta : Komuniti Dun Bukit Serampang & Labis

 

 

Tujuan

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada peniaga-peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memasarkan produk IKS masing-masing kepada orang ramai. Karnival ini berpotensi untuk meningkatkan perniagaan IKS yang selama ini kurang dikenali. Prograim ini juga memberikan peluang kepada Pusat Internet 1Malaysia untuk mempromosikan kebaikan dan manfaatnya kepada orang ramai selain mempromosikan program Dashboard sebagai medium pemasaran yang sangat berguna. Pusat Internet 1Malaysia juga mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan program advokasi KDB yang sangat berfaedah kepada semua pengunjung.

 

Aktiviti

 

Pelbagai aktiviti dijalankan, antaranya ialah, pendaftaran pengunjung kepada pengunjung yang datang, pendaftaran ahli baru, penerangan dashboard komuniti, kuiz terbuka, cabutan bertuah , slot klik dengan bijak, dan pelbagai lagi. Aktiviti utama program karnival tersebut ialah untuk memberikan peluang perniagaan kepada semua pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta mempromosikan produk masing-masing kepada medium yang lebih terbuka. Selain itu juga, beberapa orang usahawan yang berpotensi telah dipilih sebagai usahawan Pusat Internet 1Malaysia untuk lebih diketengahkan. Program seperti ini secara tidak langsung dapat menaikkan nama Pusat Internet 1Malaysia sekali gus meningkatkan promosi berkenaan Dashboard Komuniti yang sedang meningkat naik.

 

Gambar disini