PROGRAM CASHLESS SOCIETY NADI FELDA CHMPLAK BARAT
| TARIKH | : 7 MAC 2024 |
| MASA | : 9.30 AM – 4.00 PM |
| TEMPAT | : NADI FELDA CHEMPLAK BARAT |
| PESERTA | : 280 ORANG |

Tujuan
Kelas ini diadakan dengan kerjasama bersama Cashless Society dan NADI bagi memperkenalkan sistem e-wallet kepada para usahawan dan komuniti Felda Chemplak Barat. Program ini juga menggalakkan lebih ramai usahawan untuk bergerak aktif dalam mempromosikan perniagaan mereka. Selain itu juga, program ini fokus kepada transaksi tanpa tunai dengan penggunakan platform digital seperti TnG, Qrpay dan sebagainya.
Aktiviti
Antara aktiviti yang diadakan adalah pameran usahawan dan booth-booth perniagaan usahawan tempatan. Semasa program ini juga, beberapa booth berkaitan e-wllet telah dibuka bagi menggalakkan para peniaga mempelajari ilmu perniagaan tanpa tunai yang lebih memudahkan mereka. Selain itu, terdapat juga aktiviti sampingan seperti sukaneka, saringan kesihatan, permainan cashless dan taklimat agensi. Program ini telah dirasmikan oleh exco kementerian negeri Johor iaitu Yang Berhormat Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor.