PRODUK TEMPATAN : OTAK-OTAK DAN BAHULU GULUNG
Otak-otak dan bahulu gulung ini merupakan produk yang dihasilkan sendiri oleh salah seorang komuniti di gugusan Felda Chemplak Barat ini. Pemilik perniagaan ini adalah Encik Mohd Fauzi Bin Tajuddin dan ibunya. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini selama 5tahun di pasar-pasar malam dan juga di rumah. Produk yang dihasilkan akan disejuk beku dan dipasarkan selain daripada di jual di pasaran secara online, di rumah, di pasar malam dan di hantar ke kedai-kedai berhampiran. Terdapat juga produk lain seperti pepes, satar, popia ota-otak dan sebagainya. Beliau juga mengambil tempahan untuk majlis-majlis besar seperti majlis berkhatan, bertunang, perkahwinan, jamuan makan malam, majlis hari jadi dan lain-lain. Beliau boleh dihubungi di nombor telefon seperti berikut : 012-7059309


Produk Tempatan
Dewasa ini, Malaysia telah menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjalankan perniagaan mengikut minat dan bidang masing-masing. Salah satu usaha Kerajaan Malaysia bagi menggalakkan rakyat Malaysia memulakan perniagaan adalah dengan mewujudkan perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang sangat membantu terutama sekali bagi yang tinggal di kawasan pedalaman. Usaha ini telah memberikan banyak peluang dan ruang untuk rakyat Malaysia memulakan perniagaan masing-masing. Program ini menyediakan beberapa bantuan sama ada daripada segi ilmu pengetahuan berkenaan perniagaan, permulaan modal perniagaan, mahupun bimbingan kepada rakyat Malaysia supaya terus maju dalam dunia perniagaan.
Dengan ini, tidak hairanlah jika produk tempatan di kawasan Felda Chemplak Barat lebih tertumpu kepada perniagaan IKS. Ramai antara mereka yang menyahut inisiatif ini sebagai medium untuk memantapkan lagi ekonomi. Antara produk tempatan yang dihasilkan oleh komuniti di Felda Chemplak Barat termasuklah kuih tradisional, kuih moden, roti, kerepek dan sebagainya yang pastinya sangat memenangi cita rasa rakyat Malaysia. Jadi, jika anda berada di sekitar kawasan Felda Chemplak Barat mahupun Labis, anda boleh merasai keenakan hasil produk tempatan komuniti di sini dengan menghubungi nombor yang diberikan.
SENARAI PENGUSAHA PRODUK TEMPATAN FELDA CHEMPLAK BARAT :
1. BAHULU BY NORIYAH
Nama : Noriyah Binti Sungip
Alamat : No.101 Jln Nuri, Felda Chemplak Barat,labis
No. Telefon : 017-7140313
Produk : Bahulu, Kek, Kuih Bangkit, Biskut, Roti Dll
2. Nama : Nor Hayati Binti Hashim
Alamat : No.97, Jln Kasawari, Felda Chemplak Barat,Labis
No. Telefon : 013-7232123
Produk : Kuih Tradisional, Bahulu Gulung Dll
3. Nama : Samsee bin Khasan
Alamat : No.61 Jln Kasawari, Felda Chemplak Barat,Labis
No. Telefon : 017-7526502
Produk : Pelbagai Jenis Kuih Raya, Katering Jamuan, Kek Buah, Dll
4. Nama : Hajah Aminah Binti Hj Amin
Alamat : No.73 Jln Kasawari, Felda Chemplak Barat,Labis
No.Telefon : 018-2414846
Produk : Pelbagai Jenis Bahulu, Roti, Kuih Bingka Pandan dll
5. Nama : Kusdi Bin Buhari
Alamat : No.5 jln Kasawari, Felda Chemplak Barat,Labis
No. Telefon : 017-7936601
Produk : Bahulu Gulung
