PERMAINAN MATEMATIK ATAS TALIAN
Tarikh : 3 November 2017
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Chemplak Barat
Aktiviti ini adalah aktiviti mingguan kepada pelajar sekolah menengah menggunakan laman web permainan atas talian yang bermanfaat kepada mereka.
Pada minggu ini, aktiviti permainan matematik atas talian telah diadakan pada tarikh dan masa seperti yang disebutkan di atas. Aktiviti ini melibatkan 6 orang pelajar sekolah menengah yang berumur lingkungan 13 tahun sehingga 15 tahun.
Permainan ini bukan sahaja menguji kemahiran matematik pelajar sekolah, tetapi juga menguji tahap kreativiti pelajar-pelajar tersebut dalam menyelesaikan permasalahan dalam permainan tersebut.
