Pusat Internet merupakan sebuah projek kerajaan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama antara Telekom Malaysia Berhad (TM Bhd) dan MSD Digital Intelligence. Pusat Internet terletak di bawah program pemberian perkhidmatan sejagat bagi merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dengan luar bandar serta mewujudkan sebuah komuniti bermaklumat tanpa mengira usia.
Dalam mencapai aspirasi ini, pelbagai program, latihan serta bengkel berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diperkenalkan. Segala aktiviti yang dirancang untuk komuniti diberi secara percuma kepada segenap lapisan komuniti tanpa mengira usia, agama dan bangsa agar memperolehi maklumat bermanfaat bersama.
Objektif Pusat Internet Pekan Lenga :
- Memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang teknologi komputer dan Internet.
- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PUSAT INTERNET .
-
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
Latihan yang disediakan adalah merangkumi :
Pengenalan Perkakasan Komputer
Pengenalan Asas Internet
Pengenalan kepada Aplikasi Elektronik ( e-kerajaan , e- pembelajaran dan e- dagang)
Desktop Publishing (Microsoft Word, Microsoft Excel , Microsoft PowerPoint)
Perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet Felda Chemplak Barat adalah:
Mencetak
Mengimbas
Fotostat
Laminate
Zon internet tanpa wayar (WiFi)
- Bayaran Penggunaan Internet
-
Ahli RM 1.00 / jam
Pelawat RM 2.00 / jam
-

