mcmc
Makanan

Makanan

Makanan

                Felda Chemplak Barat merupakan kawasan gugusan felda yang kecil berbanding felda yang lain. Namun begitu, terdapat ramai pengusaha kedai makan mahupun peniaga kecil-kecilan yang dapat menghasilkan pelbagai makanan tempatan mahupun makanan ringan yang sangat menepati citarasa pelanggan yang datang menjamu selera. Kebanyakan mereka cukup mahir dan pakar dalam memasak makanan yang disediakan.

                Anatara tarikan utama menu makanan yang istimewa di Felda Chemplak Barat ialah roti john yang mana resepinya dihasilkan sendiri oleh dua orang anak jati felda ini sendiri. Roti John tersebut bukan sahaja dikenali oleh penduduk Felda Chemplak Barat, malahan turut mendapat maklum balas yang sangat baik daripada penduduk berhampiran seperti penduduk Felda Chemplak, Felcra Bukit Kepong, Labis, dan lain-lain. Sos yang digunakan adalah resepi sendiri hasil gabungan pengumpulan dan pembelajaran menggunakan internet di Pusat Internet 1Malaysia Felda Chemplak Barat.

                Selain daripada roti john, terdapat juga menu istimewa lain iaitu aneka burger. Burger tersebut juga menggunakan sos daripada resepi yang sama. Menu aneka burger juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai yang mana kualiti rasa burger tersebut tidak pernah mengecewakan pelanggan yang menikmatinya. Pelanggan boleh berkunjung ke gerai burger berhadapan Felda Chemplak Barat atau boleh juga berkunjung ke “food truck” Double A Kitchen untuk menikmati burger dan roti john tersebut.