Latihan menaip ini diadakan khas untuk ibu-ibu dalam komuniti Felda Chemplak Barat ini. Tujuan utama latihan ini diadakan ialah memberikan pendedahan kepada para ibu bagaimana kaedah untuk menaip menggunakan komputer bagi memudahkan mereka mengajar anak-anak mereka apabila di rumah. Selain itu juga, latihan ini dapat membantu mereka untuk menyediakan dokumen surat menyurat dalam badan-badan yang mereka ketuai di dalam komuniti Felda Chemplak Barat ini.
Tarikh : 16 Oktober 2017
Masa : 10.00 pagi – 12 tengah hari
