Latar belakang
Encik Sajali menjalankan perniagaan ini sejak beberapa tahun yang lalu. Minatnya yang mendalam dalam bidang elektronik ini membuatkan beliau terkenal dengan gelaran Ali Pomen yang mana beliau menjalankan perniagaan seperti baik pulih sistem pendawaian rumah, baik pulih peralatan elektronik, dan juga sewaan Dj. Beliau menjalankan perniagaan ini bersendirian di rumahnya. Beliau mengakui bahawa peredaran zaman mempengaruhi cara kerja dan kredibilitinya sebagai seorang tukang baikpulih peralatan elektronik ini. Dengan itu, beliau sering mengikuti kursus-kursus asas dan mempelajari pelbagai perkara melalui penggunaan internet. Dalam masa yang sama, beliau mengakui bahawa perniagaan ini banyak membantu sumber pendapatan beliau memandangkan dunia teknologi kini semakin canggih. Rata-rata pelanggan beliau amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan olehnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan pusat internet, beliau tidak mempunyai akaun facebook sendiri. Selain itu juga, beliau tidak banyak mengetahui ilmu usahawan yang semakin hari semakin berkembang maju seiring dengan perkembangan capaian internet selain daripada tidak tahu menggunakan internet dengan lebih bijak.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui pendekatan komuniti bersama Pusat Internet, beliau telah mengikuti kelas-kelas usahawan yang dijalankan. Beliau telah mempunyai akaun facebook miliknya sendiri.Dengan itu, beliau kini sering mengiklankan semua perniagaannya di media social untuk menarik lebih ramai pelanggan. Selain itu juga, melaluin pendekatan pusat internet dengan komuniti, produk beliau telah diiklankan di dalam dashboard komuniti yang mana membantu meningkatkan lebih ramai lagi jumlah pelanggan tidak kira dari mana mereka datang.

