mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN-ABDUL HALIM BIN A.KADIR

Latar belakang

 
Ailim Enterprise adalah nama yang telah diberikan kepada kedai milik Abdul Halim Bin A.Kadir bersama isterinya. Permulaan perniagaa, beliau dan isterihanya menjalankan perniagaan di pasar-pasarmalam. Perniagaan yang dijalankan adalah menjual makanan seperti kambing bakar dan sebagainya. Selepas hampir satu tahun, beliau dan isteri telah berjaya mengumpul sedikit modal untuk membuka kedai sendiri untuk menjual pelbagai jenis makanan sejuk beku. Antaranya ialah kambing bakar sejuk beku, kuih-muih sejuk beku, daging dan ayam beku, makanan IKS dan sebagainya. Selain daripada itu, beliau juga turut membuka peluang kepada usahawan IKS untuk menempatkan produk mereka di kedai milik beliau. Usaha itu secara tidak langsung dapat membantu usahawan bumiputera meningkatkan pendapatan mereka. Dalam sibuk menguruskan kedai, beliau dan isteri juga kerap menyertai kursus-kursus usahawan yang dianjurkan oleh wilayah Segamat mahupun kursus usahawan persendirian seperti di Pusat Internet 1Malaysia. Kini, beliau menerima banyak tempahan untuk majlis-majlis, mesyuarat sekolah, jamuan makan, dan sebagainya. Beliau juga giat memenuhi permintaan di karnival-karnival yang dianjurkan sekitar Segamat.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum melibatkan diri dengan PI1M, beliau banyak menimba ilmu melalui kursus-kursus asas usahawan yang mana kursus tersebut hanya memberikan ilmu di tempat itu sahaja. Selepas tamat tempoh kursus, beliau perlu mengatur langkah sendiri untuk maju ke hadapan tanpa tunjuk ajar yang lebih tepat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui pendekatan komuniti bersama PI1M, beliau sering mengikuti kursus usahawan yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia. Beliau juga menjadikan Pusat Internet 1Malaysia sebagai tempat rujukan utama terutama sekali dalam urusan pentadbiran kedai seperti data pelanggan dan sebaginya. Pihak Pusat Internet 1Malaysia juga sering memberikan tunjuk ajar kepada beliau dan membantu beliau setiap masa diperlukan. Dalam masa yang sama juga, beliau sering berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia untuk mencari maklumat yang beliau mahukan sebagai sumber utama bagi memantapkan lagi perniagaan yang dijalankan.Promosi juga semakin banyak dilakukan dan permintaan sangat menggalakkan. Beliau menerima banyak tempahan melalui online untuk majlis-majlis dan sebagainya.