Setiap kawasan penempatan mempunyai anggota keselamatan untuk memastikan keadaan kawasan penempatan sentiasa berada dalam keadaan aman dan tenteram. Oleh itu, RELA diwujudkan di Felda Chemplak Barat ini bagi memastikan keselamatannya berada dalam keadaan yang sangat baik. Tugas RELA adalah mengawal keselamatan penduduk Felda. Setiap ahli RELA ditugaskan menjaga keselamatan felda secara bergilir-gilir. Mereka membuat rondaan pada tiap-tiap malam bermula dari 12.00 tengah malam – 4.00 pagi.
Mereka juga membuat sekatan pada pintu masuk kawasan kampung untuk membuat pemeriksaan pada sesiapa sahaja yang keluar masuk terutama sekali apabila waktu sudah menginjak tengah malam, bagi mengelakkan berlakunya jenayah atau kecurian.
