mcmc
Laporan Aktiviti

KELAS MICROSOFT OFFICE

TARIKH : 5-9 JANUARI 2020
MASA : 10.00 AM – 12.00 PM
TEMPAT : PUSAT INTERNET FELDA CHEMPLAK BARAT
PESERTA : 1 ORANG

 

  

 

Tujuan

          • Kelas ini diadakan pada sebulan selama tiga kali setiap minggu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendekatkan komuniti bersama pusat internet selain dapat membantu komuniti di sini mendapatkan pendidikan awal berkaitan komputer. Dalam masa yang sama, kelas ini juga diadakan bertujuan untuk menyiapkan diri para pelajar lepasan spm untuk kegunaan masa akan datang sama ada di dalam dunia pekerjaan mahupun semasa mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kelas seperti ini juga akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang celik it dan juga mempunyai pengetahuan tentang penggunaan komputer dan aplikasi di dalamnya. Selain itu, kelas ini turut mengajar mereka cara-cara untuk menulis surat kiriman rasmi, surat kiriman rasmi dan sebagainya serta membantu mereka untuk menghasilkan satu pembentangan dengan berkeyakinan dan lebih berani.

 

Aktiviti

        • Antara aktiviti yang didakan sepanjang kelas dijalankan adalah seperti membuat penyediaan modul tentang Microsoft Word dengan lebih terperinci. Selain itu, dalam kelas ini disediakan latihan pengukuhan berkaitan subjek seperti latihan menaip surat, latihan menaip secara laju, latihan menyalin maklumat daripada internet dan penyediaan kepala surat mengikut kperluan agensi. Para pelajar juga di ajar semua format yang kerap digunakan semasa belajar, berkerja dan digunakan untuk agensi. Para petugas akan sentiasa memastikan tiada yang ketinggalan atau tidak faham ketika sesi pengajaran dijalankan.