Pada 19 April 2017, Pusat Internet 1Malaysia Felda Chemplak Barat telah mengadakan Kelas Microsoft Office (Microsoft Publisher) yang terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Semasa kelas ini, pelajar didedahkan dengan latihan menggunakan microsoft publisher dan pelajar telah diberikan tugas untuk membuat brochure mengikut kreativiti masing-masing. Kelas ini melibatkan empat orang pelajar lepasan SPM yang masih menunggu panggilan menyambung pelajaran ke Institut Pelajaran Tinggi (IPT).

