| TARIKH | : 9 OGOS 2018 |
| MASA | : 3.00 PM – 6.00 PM |
| TEMPAT | : PUSAT INTERNET FELDA CHEMPLAK BARAT |
| PESERTA | : 7 ORANG PESERTA |
TUJUAN
Kelas ini diadakan untuk memberikan peluang kepada komuniti di Felda Chemplak Barat dan kawasan sekitar mencari pendapatan sama ada secara sampingan mahupun secara tetap. Pelbagai platform disediakan oleh pihak majikan yang berdaftar bagi memudahkan ahli berdaftar memilih kerja dan kerjaya mengikut kemahiran dan minat mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan mereka peluang pendapatan yang luas hanya dari rumah tanpa mengganggu kerja hakiki bagi mereka yang mempunyai pekerjaan tetap.
AKTIVITI
Aktiviti utama yang diadakan ialah memperkenalkan sistem erezeki kepada komuniti di sini dan menjelaskan dengan terperinci setiap platform yang disediakan di dalam sistem erezeki tersebut. Kemudian mereka di berikan penerangan bagaimana cara untuk mendaftar ke sistem erezeki seterusnya langkah-langkah untuk memilih pekerjaan dan cara melakukan pekerjaan yang dipilih.
