mcmc
Laporan Aktiviti

KELAS E-PEMBELAJARAN : MEWARNA ONLINE

TARIKH : 5 NOVEMBER 2019
MASA : 2.00 PM – 4.00 PM
TEMPAT : PUSAT INTERNET FELDA CHEMPLAK BARAT
PESERTA : 6 ORANG

 

       

 

Tujuan 

      • Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk memberi pengenalan kepada peserta tentang laman sesesawang www.supercolouring.com yang mana para pelajar boleh mengasah bakat kreativiti mereka di sini. Selain itu, aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi satu pembelajaran yang interaktif dengan mewarna dalam talian. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat menarik minat mereka untuk mendekatkan diri dengan pusat internet. Aktiviti ini juga adalah untuk memberi pendedahan tentang cara penggunaan internet dengan betul selain daripada dapat memupuk belajar dalam talian dengan menarik.

Aktiviti

    • Antara aktiviti yang diadakan adalah menyediakan latihan pengukuhan dengan latih menggunakan tetikus dengan cara yang betul. Selain itu aktiviti lain yang diadakan adalah para pelajar didedahkan dengan kegunaan IT dan komputer di masa hadapan selain dapat melahirkan pelajar yang celik IT
      • Dalam masa yang sama, para pelajar diajar mengenali komputer dan kegunaannya dengan lebih mendalam seperti penggunaan microsoft word, powerpoint,paint dan sebagainya. Para pelajar juga turut diberikan ilmu pengetahuan tentang penggunaan laman sesawang tersebut dan belajar dengan cara yang lebih menarik serta menarik minat mereka untuk sentiasa mencuba pembelajaran baru.