mcmc
Laporan Aktiviti

KELAS ASAS KOMPUTER – KEMAHIRAN MENAIP

TARIKH : 20 NOVEMBER 2023
MASA : 9.30 AM – 12.00 AM
TEMPAT : PUSAT INTERNET FELDA CHEMPLAK BARAT
PESERTA : 6 ORANG

 

    

 

Tujuan

Kelas ini diadakan khas untuk golongan ibu-ibu dan suri rumah bagi memberikan mereka pengalaman menggunakan komputer. Selain itu, kelas ini dikhususkan untuk mereka melatih diri dalam kemahiran menaip berkomputer menggunakan papan kekunci. Dalam masa yang sama, kelas ini juga turut menyelitkan aktiviti perniagaan iaitu dalam aplikasi shopee bagi menggalakkan mereka menggunakan shopee dengan tujuan yang lebih bermanfaat. Ia juga secara tidak langsung dapat membuka minda para ibu dan suri rumah untuk menjana pendapatan mereka walaupun hanya daripada rumah.

Aktiviti

Antara aktiviti yang diadakan adalah pengenalan kepada aplikasi shopee. Aktiviti ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada mereka tentang shopee seller atau berniaga melalui shopee. Selain itu, aktiviti utama adalah aktiviti kemahiran menaip dengan menggunakan medium online iaitu laman web Kidztype. Laman web ini mengajar mereka untuk membiasakan pelajar menggunakan sepuluh jari untuk menaip dan memahirkan mereka menggerakkan jari mereka. Aktiviti sampingan pula ialah aktiviti kuiz dengan menggunakan KAHOOT!. Aktiviti ini adalah ringkasan bagi semua slot dalam aktiviti pada hari tersebut.