| TARIKH | : 23 MAC 2018 |
| MASA | : 9.00 AM – 1.00 PM |
| TEMPAT | : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA FELDA CHEMPLAK BARAT |
| PESERTA | : 15 ORANG PESERTA |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberikan ilmu kepada para pelajar yang berumur lingkungan 13 tahun sehingga 18 tahun berkaitan adobe photoshop yang sangat mudah digunakan untuk menyunting gambar dan sebagainya. Ilmu ini boleh diguna pakai oleh para pelajar pada masa akan datang di sekolah, program sekolah dan semestinya apabila mereka di peringkat pengajian tinggi. Kelas ini diketuai oleh 6 orang pelajar UTHM yang mana mereka sedang dalam program anak angkat di Felda Chemplak Barat ini. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti dalam pembelajaran pelajar UTHM yang mana mereka dilatih cara bagaimana menyampaikan sesuatu bentuk pembelajaran secara realiti.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan pengenalan mengenai adobe photoshop. Mereka diberikan tunjuk ajar bagaimana cara dan kaedah yang betul untuk menggunakan adobe photoshop. Selepas tamat sesi penerangan, mereka diberikan masa untuk membuat latihan yang diberikan oleh fasilitator UTHM. Latihan tersebut diadakan dalam bentuk pertandingan iaitu mereka muka depan sesebuah majalah menggunakan gambar yang sedia ada di media massa dan google. Respon yang diberikan adalah sangat memberangsangkan dan pelajar-pelajar menunjukkan minat yang baik kepada sesi pembelajaran serta latihan tersebut.
