mcmc
Laporan Aktiviti

HARI DASHBOARD KOMUNITI

Hari Dashboard Komuniti Pusat Internet 1Malaysia Felda Chemplak Barat telah diadakan pada 21 Julai 2017, Khamis. Program ini melibatkan semua usahawan-usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta usahawan suri rumah yang baru memulakan perniagaan. Pelbagai pengisian berkualiti disediakan seperti pembelajaran photoshoot, pengiklanan produk, pendedahan portal dashboard komuniti dan pelbagai lagi yang menarik. 

Dalam masa yang sama, pada hari tersebut juga turut diadakan pemeriksaan kesihatan yang terbuka kepada semue pengunjung yang hadir. Pemeriksaan tersebut tertumpu kepada tekanan darah. Pencapaian matlamat hari tersebut adalah sangat baik dan mendapat sambutan yang baik.