Pasti ramai diantara kita yang suka makan makan cendawan atau pun makanan yang berasaskan cendawan seperti sup, cendawan goreng dan sebagainya. Mungkin ada diantara kita yang masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau batang kayu atau media penanamannya (jerami, habuk kayu, kapas dan sebagainya) sebagai sumber nutriennya. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan Cendawan kini telah pun turut diiktiraf sebagai kumpulan herba yang berguna kepada manusia terutama untuk dijadikan produk kesihatan atau makanan kesihatan.
Oleh yang demikian, seorang anak muda di sini telah mengambil inisiatif dan peluang yang diberikan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. Dengan bantuan yang diberikan, beliau telah membina rumah cendawan khusus untuk tanaman tersebut dan dipasarkan di sekitar Muar, Labis, Segamat dan lain-lain tempat berkenaan. Selain cendawan segar, beliau juga menghasilkan beberapa jenis makanan berasaskan cendawan seperti kerepek cendawan, cendawan goreng, dan pelbagai lagi untuk dipasarkan. Usaha beliau itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan permintaan yang tinggi.

