mcmc
Laporan Aktiviti

KELAS MEWARNA KANAK-KANAK

TARIKH :  28 & 29 MAC 2019
MASA : 10.00 AM – 5.00 PM
TEMPAT : PUSAT INTERNET FELDA CHEMPLAK BARAT
PESERTA : 6 ORANG PESERTA

 

 

Tujuan 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengisi masa cuti kanak-kanak berumur 4 – 10 tahun. Mereka didedahkan dengan asas penggunaan komputer serta permainan atas talian yang berasaskan pendidikan. Aktiviti ini juga turut dipantau bersama ibu bapa mereka. Menggunakan beberapa laman web yang berkaitan, mereka diberi masa untuk mewarna menggunakan komputer. Mereka menunjukkan reaksi gembira apabila dapat menggunakan kemudahan komputer di Pusat Internet ini.

Aktiviti

Para pelajar diperkenalkan dengan kemudahan komputer, komponen-komponen komputer yang mudah diingati. Mereka didedahkan dengan aplikasi komputer seperti paint, dan permainan atas talian. Kemudian, mereka diajar untuk mewarna menggunakan aplikasi sedia ada di google (permainan atas talian). Selain itu, mereka diajar melukis menggunakan paint yang mana mereka bebas melukis, mewarna dan mencorakkan papan putih tersebut. Mereka memberikan tindak balas positif dan gembira dengan aktiviti tersebut.

Gambar disini