mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PI FELDA CHEMPLAK BARAT

TARIKH : 19 DISEMBER 2018
MASA : 8.00 AM – 1.00 PM
TEMPAT : PUSAT INTERNET FELDA CHEMPLAK BARAT
PESERTA : KOMUNITI FELDA CHEMPLAK BARAT

 

 

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk membuat hebahan kepada seluruh komuniti dalam kawasan Felda Chemplak Barat berkenaan dengan ujian saringan kesihatan yang telah disedaikan di Pusat Internet Felda Chemplak Barat. Antara ujian saringan kesihatann yang disediakan di PI Felda Chemplak Barat ialah ujian tekanan darah dan gula dalam darah. Ujian saringan ini dilakukan oleh petugas PI sendiri yang mana mereka telah diberikan kursus yang khusus untuk melakukannya. Program ini juga dianjurkan untuk memberikan kesedaran kepada komuniti di sini berkenaan dengan kepentingan menjaga kesihatan, pemakanan, dab diet yang seimbang untuk menjamin kesihtan yang baik secara berterusan. Selain itu juga, program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhwah dan silaturahim antara petugas PI bersama komuniti dan pihak pengurusan Felda sendiri.

 

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan ialah zumba, pemeriksaan gigi untuk kanak-kanak tadika dan pengunjung, pemeriksaan kesihatan, ceramah pemakanan seimbang, pertandingan mewarna, cabutan bertuah, permainan atas talian kahoot! , pameran, pertandingan dashboard dan cabutan bertuah. Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran peserta, aktiviti zumba, pemeriksaan gigi dan seterusnya. Selain itu, aktiviti sampingan juga turut diadakan seperti sukaneka dan urutan refleksologi. Semua pengunjung amat berpuas ati dengan aktiviti yang dijalankan ini. 

 

Gambar Di sini