mcmc
Keusahawanan

USAHAWAN MUDA MAKANAN SEJUK BEKU

Makanan sejuk muka merupakan corak kehidupan pada masa kini memandangkan ramai penduduk di Malaysia semakin sibuk dan tiada masa yang lebih di rumah. Ramai usahawan di malaysia telah mengambil kesempatan yang ada ini untuk merancang corak perniagaan masing-masing mengikut peredaran masa seperti makanan sejuk beku ini. Begitu juga dengan Abdul Halim Bin A.Kadir , seorang anak jati Felda Chemplak Barat yang telah mengambil kesempatan yang ada ini dnegan menjalankan perniagaan sejuk beku. Antara produk makanan sejuk beku yang beliau jual termasuklah ayam dan daging, “lamb chop”, kuih muih sejuk beku, dan pelbagai lagi makanan lain yang sedap dan mudah dimasak. 

Beliau telah menjalankan perniagaan ini sejak beberapa tahun yang lalu dan mempunyai kedai sendiri di Segamat Baru,Segamat. Perniagaan ini telah dijalankan bersama isteri beliau yang sentiasa memberikan semngat dan komitmen yang tidak berbelah bahagi. Selain daripada produk sejuk beku keluarannya sendiri, Abdul Halim juga memberikan peluang kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana(IKS) yang lain untuk mempromosikan dan meletakkan produk masing-masing di kedai miliknya bagi tujuan penjualan. Usaha murni itu telah membantu ramai golongan IKS yang berpendapatan sederhana menambah jumlah pendapatan mereka dari hari ke hari.

Bagi yang berminat untuk menempah ayam dan daging, kuih muih sejuk beku, “lamb chop” dan sebagainya, boleh terus lawati akaun “facebook” miliknya atau terus menelefon di talian seperti yang tertera di bawah :

Facebook : Ailim Legacy
Hubungi : Halim  018-7803528
                 Ain 019-9106488