mcmc
Maklumat Am

Maklumat Am

 

     Felda Chemplak Barat, 85300 Labis, Johor merupakan lokasi pilihan pembinaan Pusat Internet 1Malaysia. Lokasi kampung yang indah ini terletak di Jalan Muar-Labis. Jalan Muar-Labis (J32) ialah sebuah jalan negeri utama di negeri yang menghubungkan bandar di barat daya hingga bandar di timur laut. Panjang keseluruhan jalan negeri ini ialah 87 kilometer dan merupakan laluan utama ke lebuh raya Utara-Selatan melalui persimpangan bertingkat Pagoh (EXIT 238).

     Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956, iaitu pada 1 Julai 1956. Manakala penubuhan kampung indah berasaskan nama Felda Chemplak Barat ini, adalah pada era 70-an, yang mana ianya mempunyai sebanyak 198 buah keluarga. Sehingga tahun 2016, jumlah penduduk dalam Felda Chemplak Barat telah bertambah sebanyak 5% dengan adanya pembinaan rumah-rumah generasi kedua anak-anak peneroka felda. Ada antara mereka yang telah pulang semula ke kampung halaman dan ada juga yang masih belum pindah masuk ke rumah masing-masing.

     Antara kemudahan asas yang ada di sini ialah Masjid, Sekolah Agama Johor, Dewan Serbaguna, padang bola sepak, gelanggang sepak  takraw, gelanggang futsal, gelanggang gasing, badminton, gelanggang bola tampar, sekolah Tadika dan kolam memancing, dan terbaru ialah bilik riadah untuk belia di sini.