mcmc
Laporan Aktiviti

KELAS MICROSOFT OFFICE (PROFIL SYARIKAT)

TARIKH : 6 & 7 FEBUARI 2023
MASA : 9.00 AM – 12.00 PM
TEMPAT : PUSAT INTERNET FELDA CHEMPLAK BARAT
PESERTA : 1 ORANG

 

 

 

Tujuan

        • Kelas ini diadakan bertujuan untuk menyediakan modul berkaitan profil syarikat dan rancangan perniagaan. Modul ini juga mengajar peserta menyenaraikan segala keperluan fungsi syarikat yang ditubuhkan. Selain itu, melalui kelas ini juga peserta dapat mengenal pasti dan menyenaraikan semua kekurangan serta kelebihan syarikat yang perlu ditambah baik dari masa ke semasa. 

Aktiviti

      • Antara aktiviti yang diadakan adalah pengenalan kepada aplikasi Microsoft Office (Word) dari cara menaip, buat jadual, penggunaan huruf besar dan kecil, memasukkan gambar, dan sebagainya. Peserta diberikan contoh salinan profil syarikat yang perlu di sunting semula. Selain itu , peserta juga diminta menambah beberapa jadual atau carta organisasi mengikut keperluan profil syarikat. peserta juga diminta menjalankan ujian tambahan dengan menggunakan microsoft power point untuk penambahan data.